Hello :O

17:22 , 22 December 2011 , Thursday .

Today is my first day . Alahai. tak reti speaking aa . Hari ni hari pertama Farra tulis dekat blog . Farra baru je selesai exam (SPM) , so dari tak buat apa-apa better tulis blog la. Masih berjinak-jinak lagi . Apa-apa pun Farra dah cuba . Secara jujur ni Farra ni jenis tak ramah sangat dan tak tahu sangat nak tulis apa dekat sini . Farra ni tak ramah . Bak kata budak senior Farra " muka teging" . Bukan Farra ni sombong tapi tak reti nak bebual sangat . Tapi orang yang hanya rapat dan kenal Farra je tahu perangai Farra ni macam mana. Hopefully , orang yang tak seberapa rapat dengan Farra atau yang tak kenal Farra , korang jangan pernah ada niat nak buat cerita pasal Farra pulak yea . Tuhan marah .

Thank a lot sebab sudi jadi kawan Farra dan terima Farra seadanya serta kekurangan Farra . Love you all <3

Tuesday 25 December 2012

I'M HAPPY FOR YOU ! TAHNIAH ! :')

Baru-baru ni Fara stalker facebook ex-boyfriend Fara. Kisah dia macam ni. Dia ni masih tunggu Fara. Kami first couple time tu Fara form 2, dia pulak form 4. Fara lah punca kami putus. Sebab time tu kan tak matang lagi. Fara kawan dengan lelaki. Mm. Tapi tu cerita lama. Fara pun tak nak ingat lagi. Selepas Fara SPM kami contact balik sebab kami lost contact lepas putus. Contact tu pun dia selalu cerita pasal ex-girlfriend. As a friend, Fara advice lah apa yang patut. Time dia single dia selalu contact Fara. Sekian lama tak jumpa, Fara invite membe-memb datang open house Hari Raya 2012 rumah Fara. Rumah Fara lah jadi saksi kami bertemu semula. Dia jumpa mama ayah. Then bila Fara balik JB, dia jugalah yang selalu ambil Fara dekat Larkin. Mm. Dia bawak Fara keluar pergi jalan-jalan bila Fara cakap bosan duduk rumah. Masa cuti sem, dia ajak Fara tengok wayang. Twilight Breaking Dawn Part 2. Sinister. The Life of Pie. Huh. Serious sedih bila ingat kenangan kami. ( My mood right now : I'm cry because of you ! ) 

Gambar ni dia ambil guna tab dia masa tu Fara baru habis class dalam bilik :')

Bila Fara dekat poli selalu Fara webcam dengan dia. Roomate pun suka mengacau. Mm. Banyak sangat memory kami. Dia suka cakap Fara ni tak matang. Fara tak suka kalau dia cakap macam tu. 


Sekarang dia dah ada life dia. Fara pun ada life Fara. Fara dapat tahu dia jumpa cinta hati dia. Mimie nama orang tu. Tak apalah. Asalkan perempuan tu boleh buat dia bahagia. Jangan pernah sakitkan hati dia yea. Sayang dan cinta dia sepenuh hati awak, Mimie. Arif Muhammad Amirul, sampai bila-bila saya akan ingat awak dan sayang awak macam sebelum ni. Saya bahagia tengok awak bahagia. :') 

Saya tahu saya bukan yang terbaik untuk awak. Saya tak ada ciri-ciri yang awak nak. Jodoh kita hanya sebagai kawan. Tak pun macam dulu, abang dan adik angkat :') ( My mood right now : Crying :'( with smile :) ) Saya dah cuba untuk jadi seperti yang awak nak. Saya berusaha Arif. Tapi inilah diri saya. Saya memang tak mampu jadi yang terbaik untuk awak. Tapi sekarang dah ada yang boleh teman awak. 


Selamat Tinggal. Ada jodoh kita jumpa lagi. Maafkan saya atas salah silap saya selama ni. Kerenah saya yang awak tak boleh move on :) . Halalkan makan, minum saya. Insya-Allah. Kalau saya berjaya nanti, saya akan bayar semuanya. Insya-Allah. Terima kasih kerana selama ni ada di sisi saya ketika saya sedih, gembira. Saya takkan lupakan awak. Jasa baik awak, semoga Allah yang balas. Jagalah barang saya yang ada pada awak elok-elok :) kerana mungkin saya takkan ganggu awak lagi. Saya tak nak ganggu kebahagiaan awak, sayangg :) Kalau perlu juga, buang lah gambar-gambar saya. Takut nanti dia nampak dia cemburu pulak. 

ARIF MUHAMMAD AMIRUL BIN OMAR :)

Sampai bila-bila saya akan ingat awak !

Semoga bahagia dunia akhirat.
 Semoga kita jumpa di Syurga kelak.
 Insya-Allah. 
Terima Kasih. 
Selamat Tinggal. 
Assalamualaikum.